Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu
Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara
dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu,
beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik,
matematik, sains,
fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang
perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu
Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera
Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati
oleh doktor yang lain. Kehebatan dan
kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau
diberikan gelaran
al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib
telah diterbitkan
diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan
ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam
jangka masa
tidak sampai 100 tahun, buku itu telah
dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah
dijadikan sebagai
bahan rujukan asas diuniversiti-universiti
Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang
cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart
yang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku
itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit
bersama dengan
cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu
Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi
turut merangkumi
bidang dan ilmu lain seperti metafizik,
muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak
sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi
dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith
dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang
tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga
digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah
menghasilkan ratusan
karya termasuk kumpulan risalah yang
mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara
yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan
seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau
pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah
yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina
banyak dipengaruhi
oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah
menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan
Ibnu Sina
turut dipengaruhi oleh asas dan teori
perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan
Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah,
lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow
bile), dan hempedu hitam (black bile).
Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan
campuran keempat-empat
unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus
berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu
maka seseorang
akan mendapat penyakit.
Setiap
individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi
telah meletakkan satu landasan kukuh kepada
dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti
manusia.
Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni
Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu
Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur
iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat
unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk,
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang
terdapat dalam
alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud
ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi,
selain keseimbangan
unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga
memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan
dan proses
penyembuhan.
Pengaruh
pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi
juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan
seumpama itu
pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani
seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi
Pythagoras,
sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan
angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam
al-Ghazali
telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai
sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya,
Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah,
Ibnu Sina telah menyatakan bahawa
pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib
al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan
dengan apa-apa
cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala
yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak
ada permulaan.
Tetapi
tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud
sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak.
Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan
bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud
sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang
adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran
Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan
sebagai satu percubaan untuk membahaskan
zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah
buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam
Pemikiran
Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran
Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet
bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan
jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau
apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat
dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap
sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains
dalam Islam.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul
dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi
gurunya
sendiri iaitu al-Farabi.
0 komentar:
Posting Komentar